Utama
PERSEPSI | Membina Generasi IT
Apa itu website?

Website pada masa ini merupakan satu identiti kepada individu atau organisasi yang memilikinya. Di dalamnya akan terdapat informasi yang berkaitan dan akan memberikan gambaran keseluruhan melalui info statik, grafik dan imej serta artikel aktiviti.

Website juga merupakan tanda aras pembangunan seseorang individu atau organisasi dalam menaikkan taraf profesionaliti mengikuti prekembangan arus teknologi semasa khususnya di internet. Ketrampilan website juga akan memberikan gambaran awal akan kemampuan mereka.

Website  hidup dalam sebuah habitat khusus iaitu jaringan lebar (www - world wide web). Proses kerja www dapat dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu :

Protocol: Media yang dibakukan untuk dapat mengakses komputer dalam sebuah jaringan. Halaman yang dapat diakses ini merupakan halaman website. Protocol baku untuk www adalah http (Hypertext Transfer Protocol).

Address: Alamat yang merujuk suatu komputer dalam suatu jaringan. Alamat ini sebenarnya merupakan sebuah nombor yang dimiliki sebuah komputer yang disebut IP. Sekarang nombor IP (Internet Protocol) ini digantikan sebuah alamat URL (Uniform Resource Locator).

Path: Bahasa scripting yang dapat menghasilkan halaman website sehingga halaman tersebut dapat diakses oleh setiap komputer pengakses (client). Bahasa scripting ini boleh HTML, ASP, PHP dll. Oleh karena itu, ketika kita mengakses halaman website di internet kita akan mendapatkan sebuah pola alamat seperti berikut : http://address/path/file misalnya http://www.persepsi.net/index.php.

 
Laman Sosial Islam Sabah

Sedang dalam perbincangan dengan USIA untuk mewujudkan laman sosial Islam pertama Sabah. Setakat ini persetujuan mencapai tahap 80%.

 
Membangunkan web portal USIA

Sedang membangunkan dummy web portal USIA versi 2 untuk dibentangkan dan pertimbangan.

 
Kursus Membuat Website

Berita baik untuk yang mahu belajar CMS joomla. Kini kursus Joomla akan diadakan di Persepsi Online. Paling istimewa peserta bukan sahaja belajar teori tapi terus menyiapkan website sebenar. Tertakluk kepada perbincangan.

Read more...
 
Belajar Editing Video

Kami pakar dalam membuat editing video menggunakan perisian profesional. Kami menyediakan pakej belajar menggunakan teknik mudah pada kadar berbaloi sehingga menjadikan anda mahir membuat editing video.

Kami juga menawarkan pakej Teknik Membuat Tulisan Karaoke menggunakan perisian editing video yang kami gunakan dengan cara yang mudah dan tepat.

Read more...